PERPECAHAN UMMAT DAN BAGAIMANA MENYATUKAN UMMAT

World_Muslim_Population_MapFitnah yang muncul pada akhir zaman bahawa umat Islam berpecah-belah menjadi beberapa golongan, masing-masing mengaku kelompoknya yang benar, seperti halnya orang Yahudi dan orang Nasrani, mereka berpecah-belah dan mengaku bahawa hanya golongannya yang benar:

Dan orang-orang Yahudi di berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan.” Dan orang-orang Nasrani berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai suatu pegangan.” Padahal mereka (sama-sama) membaca al-Kitab. (al-Baqarah 2: 113)

Adapun dalil yang menjelaskan bahawa umat Islam pada akhir zaman pasti berpecah-belah di antaranya adalah hadis Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya bani Israil berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu, dan sesungguhnya umat ini akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua, semuanya di neraka kecuali satu, dan dia adalah jama’ah.” (Hadis Riwayat lbnu Majah, 3983. Disahihkan oleh al-Albani, di dalam Sahih Ibni Majah, 2/364)

Yang dimaksudkan sebagai jama’ah di dalam hadis ini adalah kembali kepada yang haq, atau sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi s.a.w. iaitu orang yang berpijak kepada Sunnahku pada hari itu dan Sunnah para sahabatku.

Perpecahan umat Islam ini merupakan takdir kauni (kehendak Allah untuk menciptakannya) bahawa pada akhir zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. pasti berpecah-belah, akan tetapi bukan bererti kita boleh berpecah-belah, sebagaimana dalil yang selalu dikumandangkan oleh kelompok ahli bid’ah dalam rangka menutup aib mereka, mereka berdalil dengan hadis palsu “ikhtilafu ummati rahmah” (perpecahan umat ini adalah rahmat). Ketahuilah bahawa perkataan itu bukan hadis Rasulullah s.a.w. akan tetapi merupakan hadis palsu. Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Para pakar ahli hadis telah berusaha mencari sanad hadis ini akan tetapi tidak menemuinya.” (lihat Silsilah Ahadis ad-Dhoifah, 1/141)

Selain itu, dalil mereka ini juga amat tidak masuk akal, kerana mustahil orang yang berselisih dan berpecah-belah hidupnya penuh dengan rahmat. Bukankah pasangan suami-isteri bila berselisih pasti akan merasa gelisah dan terancam jiwanya, bagaimana pula berselisih dalam hal aqidah dan ibadah boleh merasa rahmat?! Oleh kerana itu ahli bid’ah dan orang yang fanatik golongan (hizbiyun yang suka berpuak-puak) merasa sakit hatinya bila dikritik kesalahannya.

Ketahuilah perpecahan umat ini merupakan ujian bagi orang yang beriman, sewajarnya mereka memilih jalan yang benar dan meninggalkan kelompok yang tersesat lainnya. Adapun dalil wajibnya kita bersatu, tidak boleb berpecah-belah dan bergolong-golongan (berpuak-puak):

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran, 3: 103)

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan membenci kamu tiga perkara: Dia meredhai kamu apabila kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah,…” (Hadis Riwayat Muslim, 3236)

Menyatukan Umat

Ayat dan hadis di atas menunjukkan cara untuk menyatukan umat Islam, iaitu kita harus kembali kepada tali Allah, sedangkan makna tali Allah ialah al-Qur’an dan Sunnah sebagaimana dijelaskan di dalam hadis:

“Kitab Allah adalah tali Allah yang menjulur dari langit ke bumi.” (Lihat Silsilah as-Shahihah, 5/37)

Adapun dalil yang menunjukkan bahawa as-Sunnah termasuk tali Allah, adalah dari sabda Nabi s.a.w.:

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.” (Hadis Riwayat Imam Malik, 1395. Bersumber dari Umar bin Khaththob r.a. dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam, 1/18)

Pada zaman sekarang umat Islam tidak cukup hanya berpegang kepada al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk menyatukan umat, kerana ahli bid’ah pun mengaku berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah, akan tetapi mereka berselisih dan berpecah-belah, kerana itu tidaklah umat Islam akan bersatu melainkan apabila di dalam berpegang kepada al-Qur’an dan hadis yang sahih disertai dengan pemahaman salafus soleh, dari kalangan para sahabat, tabi’in dan ahli hadis. Kerana jika tokoh umat memahami dalil nash dengan pemahaman salafus soleh nescaya mereka tidak akan berpecah-belah walaupun mereka berselisih dalam suatu masalah, kerana khilaf mereka jatuh pada masalah ijtihadiyah.

Adapun dalil wajibnya kita memahami dalil nash dengan kefahaman salafus soleh adalah sebagai berikut:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (at-Taubah 9: 100)

Dalam ayat di atas Allah memuji sahabat dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, yang sekarang dikenal dengan nama ahlus Sunnah wal jama’ah atau pengikut as-salafus soleh.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaklah dia berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah Sunnah ini dengan gigi geraham. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 2600, dan lainnya. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Lihat Silsilah as-Shahihah, 6/610)

Rasulullah s.a.w. tidak hanya berpesan kepada umatnya agar berpegang kepada Sunnahnya saja, akan tetapi kepada Sunnah sahabatnya pula.

Dari Abu Burdah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dan sahahatku adalah orang yang dapat dipercayai untuk umatku, maka jika mereka telah pergi, maka akan datang apa yang dijanjikan kepada umatku. (Hadis Riwayat Muslim, 4596)

Imam Nawawi rahimahullah berkata:

“Adapun makna “apa yang dijanjikan” iaitu adalah munculnya bid’ah, perkara baru dalam urusan agama, dan munculnya fitnah.” (Syarah Imam Muslim, 16/83)

Selanjutnya orang yang menolak pemahaman para sahabat maka akan diancam menjadi orang yang tersesat.

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” (an-Nisa’ 4: 115)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

“Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w., bahawa umat Islam pada zaman sekarang (kecuali sedikit di antara mereka) tatkala mereka tidak berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi s.a.w., mereka tersesat dan hina, yang demikian itu kerana mereka berpegang kepada pendapat pemimpin mereka.

Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang sesuai dengan pemikiran/kehendak mereka, mereka ambil, jika tidak, mereka tolak. Bahkan sebahagian mereka berkata: “Setiap ayat atau hadis yang bertentangan dengan pendapat mereka, maka dimansukh (dihapus).” Semoga Allah merahmati Imam Malik rahimahullah, beliau berkata:

“Dan tidak akan baik umat pada akhir zaman ini melainkan apabila mereka kembali sebagaimana ulama pertama memperbaiki umat.” (Hajjatun Nabi 1/71)

Kesimpulannya para tokoh masyarakat hendaknya mengajak umat agar kembali kepada pemahaman salafus soleh tatkala mengambil dalil dan al-Qur’an dan as-Sunnah, agar umat tetap bersatu dan tidak timbul perasaan benar sendiri dan menyalahkan orang yang benar.
Tokoh umat sewajarnya sentiasa berhati-hati dalam memimpin umat jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat.

Dari Tsauban r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari unmatku adalah para pemimpin yang menyesatkan. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 2155. Disahihkan oleh al-Albani, di dalam Shahihul Jami’, 2316)

Tokoh umat hendaklah takut di hadapan pengadilan Allah pada saat pengikut mengadu pada hari kiamat. Rujuk surah Ibrahim [14]: 21-22 dan surat Ghofir [23]: 47-48, surat as-Saba’ [34]: 31-33. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat kepada yang haq yang diredhai oleh Allah s.w.t..

“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: “Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? Mereka menjawab: “Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.” Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.” (Surah Ibrahim 14: 21-22)

“Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, maka orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?” Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: “Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan keputusan antara hamba-hamba-(Nya).”” Surah (Mukmin 40: 47-48)

oLEH Dato’ Seri Shahidan Kassim

Sumber: http://saidaneffendi-darussalam.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s