Tafsir Surah An-Nur, Ayat 55.

annur 55Semua kuasa milik Allah. Kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menjadikan mereka ketua di dunia ini. Di dalam Surah An-Nur, Ayat 55, Allah berjanji untuk mengurniakan kuasa kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh tanpa perlu berusaha memperolehi kuasa. Seseorang yang telah beriman dan mengerjakan amal soleh hanya inginkan cinta Allah dan bukannya kuasa,  tetapi Allah akan memberikan mereka kuasa. Maksud hidup seseorang yang beriman dan beramal soleh adalah untuk memperolehi cinta Allah dan mereka sibuk dengan mentaati segala perintah Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah sehingga Allah suka. Apabila Allah telah suka kepada mereka, Allah berjanji untuk menjadikan mereka ketua di dunia ini. Seseorang yang beriman dan beramal soleh akan menggunakan kuasa yang diberi oleh Allah untuk menegakkan Islam di seluruh dunia. Allah menjadikan mereka ketua di dunia untuk meningkatkan darjat mereka, dan sebagai ketua, mereka akan membawa orang ramai untuk melakukan amalan yang lebih baik. Allah yang memiliki kuasa dan Allah anugerahkan dan menarik kuasa dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah memberi kuasa kepada mereka yang beriman dan beramal soleh adalah untuk menguji dan meninggikan mereka. Allah juga memberikan kuasa kepada mereka yang tidak beriman dan tidak beramal soleh adalah untuk menghukum mereka. Seseorang yang tidak beriman dan tidak beramal soleh akan menggunakan kuasa yang diberi oleh Allah untuk melanggar segala perintah Allah dan untuk mengumpul kekayaan dan bukan untuk menegakkan Islam.

Ahli politik adalah orang yang mahukan kuasa dan mereka bekerja keras untuk mendapatkan kuasa. Maksud hidup ahli politik adalah untuk mendapatkan kuasa. Semua ahli politik percaya kuasa datang dari rakyat dan untuk mendapatkan kuasa, ahli politik hendaklah bekerja keras untuk memperolehi sokongan dari rakyat.  Anwar Ibrahim adalah ahli politik yang telah mengatakan kepada semua penyokongnya bahawa kuasa milik rakyat dan keputusan dari rakyat atau “Suara Rakyat Suara Keramat”. Semua ahli politik percaya bahawa kuasa di miliki oleh rakyat. Dalam usaha untuk mendapatkan kuasa, ahli politik bekerja keras untuk sukakan manusia. Sebaliknya, seseorang yang beriman dan beramal soleh bekerja keras untuk sukakan Allah. Apabila ahli politik di pilih untuk berkuasa, ahli politik percaya bahawa rakyat memilih mereka untuk berkuasa dan mereka mesti berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka untuk berkuasa. Ahli politik tidak mahu menegakkan perintah Allah kerana mereka berfikir bukan Allah yang memberi mereka kuasa. Sebagai contoh, slogan dari Perdana Menteri bahawa “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” telah di reka untuk berkhidmat kepada rakyat, ini jelas menunjukkan bahawa tujuan mereka adalah untuk berkhidmat dan sukakan rakyat yang mana mereka percaya yang telah memilih mereka untuk kekal berkuasa. Siapakah yang telah memberi ahli politik untuk berkuasa? Adakah rakyat atau Allah yang memberi mereka kuasa?  Semestinya tiada sesiapa yang boleh memberi kuasa melainkan Allah. Terdapat ramai ahli politik hanya orang Islam tetapi bukan beriman. Mereka telah mengucapkan kalimah mulia dengan hanya di mulut, yang mana mereka hanya masuk Islam tetapi mereka tidak beriman kerana di dalam hati, mereka mempersekutukan Allah dengan yang lain. Seseorang adalah di kenali sebagai beriman hanya apabila Kalimah Mulia telah masuk kedalam hati. Dalam Surah An-Nur, Ayat 55, janji  Allah adalah bukan kepada mereka yang hanya masuk Islam tetapi kepada seseorang yang telah beriman. Semestinya mereka yang beriman akan mengerjakan amalan soleh. Amalan soleh adalah amalan yang di lakukan oleh mereka yang beriman dan bukan kepada mereka yang hanya masuk Islam.  Walau bagaimanapun ramai umat Islam berfikir, mereka telah menjadi beriman setelah mereka mengucapkan kalimah mulia. Hakikatnya, dalam usaha untuk menjadi beriman seseorang hendaklah mengucap kalimah mulia dan mengerjakan amalan yang berkaitan dengan hak dari Kalimah Mulia dan selepas itu Allah akan masukkan Kalimah Mulia ke dalam hati. Setelah keseluruhan umat Islam telah mengabaikan kerja yang mana ia berkaitan dengan hak Kalimah Mulia, pada pendapat saya, ramai umat Islam yang hidup di dunia pada masa kini, adalah hanya masuk Islam tetapi belum menjadi beriman.

Allah menjanjikan banyak manfaat di dalam Quran kepada mereka yang beriman pada Allah dan beramal soleh dan janji mendapat manfaat adalah bukan kepada mereka yang hanya masuk Islam. Kepada mereka yang hanya masuk Islam tidak akan ada amalan soleh kerana amalan soleh adalah amalan yang mana di lakukan dengan cara Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah. Ramai orang berfikir, semua amalan baik seperti membantu orang miskin dan anak yatim adalah amalan soleh. Ramai orang bukan Islam juga membantu orang miskin dan anak yatim. Adakah amalan mereka juga di anggap amalan soleh? Tidak. Apakah sebenarnya maksud amalan soleh? Pada pandangan Allah, amalan soleh adalah amalan yang mana di lakukan kerana perintah Allah, di lakukan seperti cara Nabi Muhammad s.a.w. dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah. Dengan definisi amalan soleh seperti ini, semua amalan yang di lakukan oleh orang bukan Islam dan mereka yang hanya masuk Islam adalah tidak dikira sebagai amalan soleh. Hanya amalan baik dari umat Islam yang telah menjadi beriman adalah amalan soleh. Umat Islam yang telah menjadi beriman akan ada keikhlasan dalam setiap amalan baik tetapi amalan mereka yang hanya masuk Islam tiada keikhlasan dalam kebanyakkan amalan yang dilakukan. Amalan baik yang dilakukan walaupun dengan cara Nabi Muhammad s.a.w tetapi tiada keikhlasan tidak di kira sebagai amalan soleh. Sebagai contoh, amalan solat akan menjadi amalan soleh apabila solat di lakukan kerana perintah Allah, di lakukan dengan cara Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah. Tetapi, apabila solat yang mana sepatutnya amalan soleh tetapi di kerjakan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan bukan untuk sukakan Allah, maka amalan ini tidak dikira sebagai amalan soleh.

Kebiasaannya, amalan umat Islam yang belum beriman atau hanya masuk Islam adalah bukan amalan soleh. Melainkan mereka di ingatkan untuk memperbetulkan niat yang betul, niat orang Islam yang belum beriman biasanya tidak ikhlas. Sudah semestinya, orang bukan Islam tidak akan dapat mengerjakan sebarang amalan dengan niat untuk sukakan Allah, kerana mereka tidak percaya kepada Allah. Dalam maksud yang lain, semua amalan orang bukan Islam tidak boleh menjadi amalan soleh. Amalan yang baik dikatakan menjadi amalan soleh apabila dikerjakan dengan niat yang betul. Apakah yang dikatakan niat yang betul? Niat yang betul adalah niat membuat segala amalan kerana perintah Allah dan hanya untuk sukakan Allah. Seorang Islam yang telah mengucap Kalimah Mulia tetapi Kalimah Mulia belum lagi masuk ke dalam hati adalah seorang Islam tetapi belum beriman. Adalah dinasihatkan untuk umat Islam yang belum beriman untuk melafazkan niat dengan kuat sedikit apabila mereka mengerjakan sebarang amalan, iaitu mengingatkan mengerjakan amalan kerana perintah Allah dan denga niat hanya untuk sukakan Allah. Sebagai contoh, dalam Mazhab Imam Syafie, umat Islam di nasihatkan untuk melafazkan niat dengan kuat sedikit untuk mereka mengingatkan diri sendiri mengerjakan solat dengan niat yang betul iaitu untuk sukakan Allah.

Niat dalam mengerjakan solat atau sebarang amalan yang di perintahkan Allah mestilah hanya untuk sukakan Allah. Kenapa kita mengerjakan solat? Kita mengerjakan solat kerana perintah Allah. Seseorang mungkin mengerjakan solat kerana di perintahkan ibu atau bapa untuk mengerjakan solat. Terdapat juga seseorang yang mengerjakan solat kerana mereka ingin menunjukkan kepada orang lain yang mereka juga mengerjakan solat. Walaupun solat adalah amalan soleh tetapi apabila ia dilakukan bukan kerana perintah Allah dan niat bukan untuk sukakan Allah, amalan tersebut bukanlah amalan soleh. Hanya mereka yang beriman akan ada keikhlasan dalam setiap amalan. Amalan soleh adalah amalan baik yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan yang betul. Apabila seseorang mempunyai kepercayaan yang baik dan betul, maka ia akan boleh mengerjakan amalan yang baik dan betul. Seseorang hendaklah mempunyai kepercayaan yang baik dan betul sebelum mempunyai amalan yang baik dan betul. Ramai umat Islam mengerjakan banyak ibadah dengan kepercayaan bahawa dengan mengerjakan banyak ibadah iman mereka akan menjadi kuat. Ini adalah tidak benar, kerana ibadah tiada kaitan dengan iman. Banyak ibadah tidak akan membuatkan seseorang memperolehi banyak iman. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; Sesiapa mengerjakan banyak amal atau banyak ibadah tanpa mempunyai iman adalah seorang yang jahil. Seorang yang mengerjakan banyak ibadah tanpa iman dan ilmu(tahu apa yang Allah suka) adalah di kenali sebagai abid dan ahli kitab masih boleh di tipu oleh syaitan tetapi orang beriman tidak dapat di tipu oleh syaitan. Semua yang beriman mempunyai ilmu dan sesiapa yang mempunyai ilmu adalah beriman.

Semasa saya berada bersama Jemaah Tabligh, beberapa ‘elders’ mengajar saya bahawa iman akan meningkat dengan kerja dakwah. Apakah jemaah tabligh faham maksud kerja dakwah? Jemaah Tabligh memahami dakwah adalah mengajak umat Islam untuk bagi masa selama 3hari, 40 hari dan 4 bulan membuat perjalanan dari masjid ke masjidAdakah ini cara Nabi Muhammad s.a.w? Kerja Dakwah Nabi Muhammad s.a.w adalah mengajak orang bukan Islam mengucap Kalimah Mulia, mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka untuk mentaati segala perintah Allah dan mengajar umat Islam yang mahu mentaati Allah tentang perintah-perintah Allah. Jemaah Tabligh tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucap Kalimah Mulia, disebabkan menurut ‘elders’ Jemaah Tabligh, umat Islam tidak bersedia untuk mengajak orang bukan Islam kepada Islam. Jemaah Tabligh hanya menumpukan kepada umat Islam. Bagaimana Jemaah Tabligh mengajak umat Islam? Jemaah Tabligh tidak mengajak umat Islam untuk mentaati segala perintah Allah atau mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia tetapi mengajak umat Islam untuk menghabiskan masa dengan perjalanan dari masjid ke masjid selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Jemaah Tabligh mendakwa kepada seluruh dunia bahawa mereka menjalankan tabligh atau dakwah tetapi hakikatnya adalah tidak kerana mereka tidak mengajak manusia kepada kalimah mulia dan mereka kebanyakkannya adalah ahli ibadah (ABID). Abid adalah seseorang yang mengerjakan ibadah tanpa iman dan ilmu. Dan kini, pada pendapat saya, ‘elders’ Jemaah Tabligh yang kini menetap di masjid Banglawali, Hazrat Nizammuddin, New Delhi 13, yang jemaah tabligh menganggap adalah ulama dalam hakikatnya mereka bukan ulama tetapi hanya Ahli Kitab. Dengan kerja Jemaah Tabligh, iman tidak meningkat seperti mana yang didakwa oleh Ahli Kitab mereka. Ini adalah dakwaan yang salah dan datangnya dari Syaitan yang telah menggunakan Ahli Kitab untuk menyesatkan umat Islam di seluruh dunia. Terdapat juga ramai dalam Jemaah Tabligh yang percaya, bahawa iman akan meningkat jika seseorang bercakap tentang kebesaran Allah. Apa yang di jumpai dalam Hadis, Nabi Muhammad s.a.w  perintahkan umat Islam untuk memperbaharui iman dengan memperbanyakkan ucapan Laila ha illallah dan bukan tentang Allahuakbar atau kebesaran Allah seperti mana yang telah didakwa oleh ‘elders’ Jemaah Tabligh. Tiada walaupun sepotong ayat dalam Quran atau Hadis yang menyokong dakwaan Jemaah Tabligh bahawa meluangkan masa 3hari, 40hari dan 4bulan, iman akan meningkat. Di manakah Jemaah Tabligh mendapatkan prosedur atau tertib sebegini? Adakah ia datang dari Quran dan Hadis? Nabi Muhammad s.a.w  tidak pernah mengajak umat Islam untuk meluangkan masa 3hari, 40hari dan 4bulan sekali seumur hidup dan samaada Nabi Muhammad s.a.w  atau sahabatnya tiada seorang pun yang melakukannya sepertimana yang telah dilakukan oleh Jemaah Tabligh.

Apakah makna dakwah bagi Ahli PAS? Menurut Ahli PAS, umat Islam dan bukan Islam yang menyertai PAS adalah membuat kebaikan dan kepada mereka yang menyertai UMNO adalah melakukan kemungkaran. Menurut Ahli PAS, kerja dakwah adalah mengajak umat Islam dan bukan Islam untuk menyertai PAS dan mencegah orang melayu untuk menyertai UMNO. Inilah salah faham dari maksud sebenar kebaikan dan kemungkaran seperti yang dinyatakan dalam Quran. Adakah iman umat Islam akan meningkat jika menyertai PAS? Kedua-dua Jemaah Tabligh dan Ahli PAS mereka berfikir mereka berada di jalan yang lurus iaitu Hidayah. Mereka percaya bahawa mereka adalah di jalan yang benar dan mendapat hidayah telah membuatkan mereka menjadi terlalu marah jika ada sesiapa yang mengkritik pergerakan mereka. Mereka menjadi terlalu sensitif dan marah apabila pemimpin mereka telah di kritik. Jemaah Tabligh dan Ahli PAS adalah terlalu taksub dengan ulama mereka dan mengikut pemimpin mereka secara membuta tuli kerana mereka terlalu kuat percaya bahawa yang mereka anggap ulama memahami benar tentang Quran dan Hadis lebih dari sesiapa di dunia ini. Saya terlalu kasihan terhadap mereka dan saya telah mengingatkan mereka tentang perkara ini dan kini saya telah pun mentaati perintah Allah. Saya tiada berkuasa untuk menyakinkan mereka dan niat saya mengingatkan mereka adalah hanya untuk sukakan Allah.

Pada pendapat saya, umat Islam yang percaya dengan dakwaan yang telah dibuat oleh Jemaah Tabligh bahawa iman akan meningkat apabila meluangkan masa dengan melakukan tabligh selama 3hari setiap bulan, 40hari setiap tahun dan 4bulan sekali seumur hidup adalah umat Islam yang telah ditipu oleh jemaah tabligh dan Jemaah Tabligh telah di tipu oleh Iblis. Saya telah melakukan penyelidikan saya sendiri dalam mencari kebenaran selama 30 tahun dan saya telah dapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sangat menyesatkan. Tiada walaupun satu ayat dari Quran dan Hadith dari Nabi Muhammad s.a.w yang mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Jemaah Tabligh. Iman tidak akan meningkat dengan mengerjakan banyak amal atau ibadah. Umat Islam yang percaya dengan banyak amal atau ibadah iman mereka akan menjadi kuat adalah di tipu oleh syaitan. Apabila seseorang boleh tertipu oleh syaitan, ini menunjukkan bahawa seseorang tersebut tiada keikhlasan dalam semua amalannya. Seseorang yang tiada keikhlasan dalam setiap amalannya adalah belum beriman lagi. Apabila Iblis memberitahu Allah bahawa dia akan menyesatkan semua anak Adam, Allah menjawab bahawa Iblis boleh menyesatkan hanya mereka yang tidak ikhlas, tetapi mereka yang ikhlas akan berada dalam pemeliharaan Allah. Selepas ketiadaan Maulana Ilyas rah. saya percaya Iblis telah berjaya menipu ‘elders’ Jemaah Tabligh. Manakala ‘elders’ Jemaah Tabligh pula telah menipu umat Islam seluruh dunia dengan kepercayaan bahawa iman akan meningkat  dengan meluangkan masa 3hari setiap bulan, 40hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup membuat tabligh. Elders’ Jemaah Tabligh juga menipu umat Islam dengan kepercayaan bahawa umat Islam hendaklah di perbetulkan dahulu sebelum mereka boleh menyampaikan dua kalimah syahadah kepada orang bukan Islam.

Maulana Ilyas rah. telah memberikan dakwah Kalimah Mulia kepada orang Mewat yang telah murtad atau dalam realitinya adalah bukan Islam. Maulana Ilyas rah. pergi ke setiap rumah dan ladang untuk memberi dakwah Kalimah Mulia. Walau bagaimanapun, selepas pemergian Maulana Ilyas rah., Jemaah Tabligh tidak memberi dakwah Kalimah Mulia kepada bukan Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Maulana Ilyas rah. sebaliknya mereka hanya menumpukan untuk berjumpa orang Islam dan ‘elders’ mereka hanya memberi ceramah di masjid. Apakah yang sebenarnya dan bagaimana iman meningkat? Menurut Al-Quran, iman akan meningkat hanya apabila umat Islam membuat kerja yang berkaitan dengan hak Kalimah Mulia iaitu kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran. Allah berfirman dalam Quran; Kamu adalah umat terbaik di hantar kepada seluruh manusia, kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Surah Ali Imran. Ayat 110). Apabila seseorang melakukan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran, seseorang itu akan di beri iman oleh Allah. Adakah iman mereka yang meluangkan masa 40hari atau 4bulan dengan cara Jemaah Tabligh meningkat atau berkurang? Apa yang telah saya alami selama 30 tahun, saya boleh mengatakan bahawa iman tidak akan meningkat tetapi apa yang meningkat adalah keinginan untuk mengamalkan banyak amalan yang mana Jemaah Tabligh telah salah tafsirkan sebagai peningkatan iman.

Satu tanda yang menunjukkan iman Jemaah Tabligh tidak meningkat adalah niat mereka untuk melakukan amal adalah sentiasa bukan untuk sukakan Allah tetapi ingin lebih ganjaran dari Allah dan untuk memasuki syurga. Seseorang yang mempunyai iman yang betul atau di kenali sebagai orang beriman adalah ikhlas dalam setiap amalannya. Seseorang yang mempunyai ikhlas tidak akan membuat amalan dengan niat untuk mendapatkan ganjaran atau untuk memasuki syurga tetapi hanya untuk sukakan Allah. Apa yang di alami oleh sesiapa yang mengikuti Jemaah Tabligh adalah hanya untuk meningkatkan keinginan untuk mengerjakan banyak amalan tetapi telah di salah tafsirkan sebagai satu tanda peningkatan iman. Selain dari ini yang menunjukkan bahawa Jemaah Tabligh tidak memperolehi peningkatan iman tetapi hanya dalam keinginan untuk lebih amalan adalah mereka hanya terhad kepada amalan-amalan kecil seperti mamakai jubah atau kurta, mempunyai janggut, memakai serban, bermiswak semasa berwuduk. Jemaah Tabligh tidak berupaya untuk mengerjakan walaupun yang pertama dan sunnah yang paling penting dari Nabi Muhammad s.a.w iaitu mengajak orang bukan Islam untuk menerima dan mengucapkan Kalimah Mulia dan mengingatkan umat Islam kepada kerja menunaikan hak Kalimah Mulia setiap hari pada setiap rumah, dalam setiap lorong dan di setiap qariah. Saya mengkritik Jemaah Tabligh kerana saya telah bersama dengan Jemaah Tabligh lebih dari 30 tahun dan saya ingin membantu mereka tetapi malangnya kebanyakkan dari Jemaah Tabligh telah memilih untuk di tipu oleh syaitan.

Sunnah yang manakah dari Nabi Muhammad s.a.w lakukan manakala Jemaah Tabligh belajar untuk mengamalkan? Jemaah Tabligh hanya belajar untuk melaksanakan sunnah yang kecil dan mudah dari Nabi Muhammad s.a.w seperti sunnah makan, sunnah tido, sunnah masuk tandas dan kadang-kadang mereka belajar tentang sunnah masjid. Apa yang mereka belajar semasa mereka 4 bulan dan 40 hari? Mereke belajar sunnah yang kecil dan mudah yang mana bukan fardu atau bukan wajib untuk umat Islam mempelajarinya dan mereka mengamalkan semua yang hanya sunat, bukan dengan niat untuk sukakan Allah tetapi dengan niat untuk mendapatkan ganjaran dari Allah. Mereka mengaku sebagai Jemaah Tabligh tetapi mereka tidak pernah belajar tentang sunnah dakwah atau tabligh seperti Nabi Muhammad s.a.w. Sebagaimana yang telah saya jelaskan pada artikel yang sebelum ini bahawa iman seseorang hanya meningkat apabila seseorang melakukan kerja menunaikan hak Kalimah Mulia. Apakah kerja hak Kalimah Mulia? Kerjanya adalah mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Apakah kebaikan? Kebaikan bermaksud sesiapa yang tidak mengucap Kalimah Mulia kepada mengucap Kalimah Mulia iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Kebaikan juga bermaksud untuk mengingatkan mereka yang telah mengucap Kalimah Mulia, kepada maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka untuk menunaikan hak Kalimah Mulia. Sehingga dan melainkan umat Islam melakukan kerja menunaikan hak Kalimah Mulia, umat Islam tidak akan pernah menjadi beriman. Saya boleh mengatakan, hampir semua umat Islam seluruh dunia tiada keinginan untuk mendapatkan iman. Semenjak umat Islam tiada keinginan untuk mendapatkan iman, mereka juga tiada keinginan untuk mengetahui tentang kerja yang akan meningkatkan keimanan mereka. Kesimpulannya, hampir semua umat Islam tidak mahu membuat kerja yang akan meningkatkan iman mereka tetapi umat Islam dan bukan Islam seluruh dunia hanya mahu untuk mengetahui dan mengerjakan pekerjaan yang akan meningkatkan harta kekayaan mereka.

Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir umat Islam yang cuba untuk membangunkan satu kaedah untuk meningkatkan iman dan salah satu kaedah yang telah pun di bangunkan adalah kaedah yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Malangnya, kaedah yang di gunakan oleh Jemaah Tabligh adalah tidak sama dengan kaedah yang di gunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Pada pendapat saya, dikalangan semua umat Islam di dunia ini, hanya Jemaah Tabligh sahaja yang mempunyai keinginan untuk meningkatkan iman mereka dan pergerakan-pergerakan umat Islam yang lain seperti PAS atau Ikhwan Muslimin tiada keinginan untuk meningkatkan iman mereka. Apabila hampir tiada seorang pun di atas dunia ini yang melakukan kerja mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran dengan cara Nabi Muhammad s.a.w  dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah, oleh kerana itu, saya berfikir bahawa tiada sesiapa beriman di dunia ini. Selepas mengucap Kalimah Mulia, perintah pertama dari Allah yang perlu di laksanakan oleh seseorang adalah kerja mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran. Seolah-olah umat Islam seluruh dunia termasuk mereka yang berada dalam Jemaah Tabligh; tidak mengetahui bahawa selepas mengucap Kalimah Mulia, seseorang hendaklah menunaikan hak Kalimah Mulia yang mana adalah membuat kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sejak seribu tahun yang lalu, umat Islam seluruh dunia memahami bahawa perintah pertama dari Allah yang perlu di laksanakan oleh umat Islam selepas mengucap Kalimah Mulia adalah mengerjakan solat lima waktu dan di sebabkan itu semua umat Islam selepas mengucap Kalimah Mulia tidak menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seorang yang beriman, mesti melaksanakan amalan soleh dan seorang yang melakukan amalan soleh akan menjadi beriman. Seseorang yang ingin menjadi beriman, mestilah mengerjakan amalan soleh. Ini adalah salah dengan menganggap dan percaya bahawa menjadi beriman dahulu, sebelum kita boleh mengerjakan amalan soleh. Apakah amalan soleh yang akan menjadikan seseorang itu beriman? Amalan soleh tersebut adalah mengajak manusia kepada Allah. Apakah maksud mengajak manusia kepada Allah? Ini bermaksud, orang bukan Islam adalah di ajak untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan umat Islam di ingatkan tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka melakukan kerja yang berkaitan dengan hak Kalimah Mulia iaitu adalah mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ramai umat Islam tidak mahu melaksanakan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana mereka berfikir, mereka mesti menjadi beriman dahulu sebelum mereka mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. Ini adalah tidak benar dan berfikiran sebegini adalah datang dari Syaitan.

Umat Islam hendaklah mengerjakan amalan soleh dahulu sebelum mereka boleh menjadi beriman. Adalah tidak benar dengan berfikir dan percaya bahawa kita perlu menjadi beriman dahulu sebelum kita boleh mengerjakan amalan soleh. Umat Islam termasuk Jemaah Tabligh berfikir dan percaya bahawa seseorang hendaklah menjadi umat Islam yang baik dahulu sebelum kita boleh mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran. Dalam usaha untuk menjadi beriman atau orang Islam yang baik, menurut Jemaah Tabligh, seseorang perlu keluar 3hari, 40hari dan 4bulan jadi mereka boleh melakukan lebih amalan seperti solat, belajar dan mengajar, mengingati Allah dan dengan amalan yang banyak ini maka iman mereka menjadi kuat.Menurut Jemaah Tabligh seseorang tidak akan menjadi beriman atau umat Islam yang baik sehingga dan melainkan mereka meluangkan masa selama 40hari dan 4bulan di India, Pakistan dan Bangladesh. Menurut Jemaah Tabligh, Umat Islam seluruhnya perlu menjadi baik dahulu, sebelum mereka dibenarkan mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Amalan yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh adalah amat bercanggah dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w, semasa Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan sahabat terdekatnya Abu Bakar r.a untuk mengajak orang bukan Islam yang lain di Mekah untuk mengucapkan Kalimah Mulia, pada masa itu baru sahaja Abu Bakar r.a mengucapkan Kalimah Mulia.Menurut Al-Quran, umat Islam hendaklah pertama sekali menyampaikan Kalimah Mulia kepada bukan Islam dan mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka untuk melakukan kerja yang berkaitan dengan hak Kalimah Mulia dengan niat hanya untuk sukakan Allah, sehingga Allah suka dan apabila Allah suka dengan umat Islam, Allah akan menjadikan umat Islam sebagai seorang beriman. Apabila umat Islam telah menjadi beriman, Allah memberikan mereka panduan untuk melakukan amalan soleh. Hanya apabila umat Islam telah menjadi beriman dan mempunyai amalan soleh, janji Allah untuk menjadikan mereka ketua di dunia ini akan di tunaikan sepertimana yang telah di nyatakan dalam surah An-Nur, Ayat 55.

Kerja yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh telah berjalan di India dan Pakistan selama hampir 100 tahun dan ramai umat Islam di India dan Pakistan yang masih hidup, masih melakukan kerja Jemaah Tabligh untuk lebih daripada 5 ke 6 dekad. Mari kita meneliti keadaan politik di India, Pakistan dan Bangladesh. Siapakah yang di jadikan oleh Allah, pemimpin di India, Pakistan dan Bangladesh? Sejak kebelakangan ini, semua orang yang Allah jadikan pemimpin di India, Pakistan dan Bangladesh secara umumnya adalah orang bukan Islam dan orang Islam yang hanya masuk Islam dan sudah semestinya mereka bukan dari kalangan orang beriman. Mengapa peminpin-pemimpin di India, Pakistan dan Bangladesh bukan dari kalangan yang beriman dan mereka yang melakukan amalan soleh? Mengapa Allah tidak menjadikan umat Islam dari Jemaah Tabligh untuk menjadi pemimpin di India, Pakistan dan Bangladesh sepertimana Allah janjikan dalam Surah An-Nur Ayat 55. Janji Allah adalah sentiasa benar. Allah tidak pernah menipu. Sekiranya terdapat umat Islam di India, Pakistan dan Bangladesh, orang beriman dan beramal soleh, sudah pasti Allah akan menjadikan mereka pemimpin. Adakah terdapat mana-mana umat Islam di benua India, Pakistan dan Bangladesh yang beriman dan beramal soleh? Pada pendapat saya, tiada seorang pun di India, Pakistan dan Bangladesh di kalangan orang Islam yang beriman dan beramal soleh.

Ini jelas menunjukkan iman umat Islam tidak akan meningkat dengan kerja dari Jemaah Tabligh. Terdapat ramai umat Islam yang terlibat dengan kerja Jemaah Tabligh di India, Pakistan dan Bangladesh bagi tempoh masa yang lebih dari 5 ke 6 dekad  dan mengapa tiada seorang pun di kalangan mereka yang jadi beriman dan beramal soleh seperti yang dinyatakan pada ayat 55 di dalam Surah An-Nur. Jemaah Tabligh berdakwah kepada seluruh dunia bahawa untuk meningkatkan iman seseorang hendaklah meluangkan masa membuat kerja tabligh selama 3hari setiap bulan, 40hari setiap tahun dan 4bulan sekali seumur hidup. Mengapa dalam sebuah negara yang aktif dengan Jemaah Tabligh seperti India, Pakistan dan Bangladesh, tiada seorang pun di kalangan mereka yang jadi beriman dan beramal soleh seperti yang dinyatakan pada ayat 55 dalam Surah An-Nur? Ini jelas menunjukkan bahawa Jemaah Tabligh menyebarkan penipuan dan fitnah umat Islam di seluruh dunia.  Jemaah Tabligh menipu umat Islam yang lain dan mereka. Jemaah Tabligh telah membuat dakwaan yang salah yang mana tidak berasal dari Quran dan Hadis tetapi daripada pemikiran mereka yang terbatas dan pengalaman yang salah. Apabila kerja untuk memperolehi iman telah salah, walaupun seseorang telah menjalankan kerja dari Jemaah  Tabligh untuk lebih dari 60 tahun tidak akan memperolehi tahap iman dan amalan soleh seperti yang di nyatakan dalam ayat 55, Surah An-Nur.

Semasa saya aktif bersama terlibat dengan Jemaah Tabligh, saya sentiasa tertanya-tanya,kenapa iman saya tidak meningkat? Saya telah di beritahu oleh ulama dari Jemaah Tabligh bahawa kerja Jemaah Tabligh adalah kerja Nabi Muhammad s.a.w dan hasil dari kerja ini adalah peningkatan iman. Walaupun saya telah melakukan kerja Jemaah Tabligh untuk tempoh masa yang sangat lama dan saya memerhatikan semua tertib yang di nasihatkan oleh ‘elders’ Jemaah Tabligh, malangnya saya mendapati bahawa iman saya tidak meningkat. Saya sangat kecewa dengan hasil kerja saya dan kerana itu yakin bahawa kerja Jemaah Tabligh adalah bukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Jika sekiranya kerja Jemaah Tabligh adalah kerja Nabi Muhammad s.a.w, kemudian hasilnya mestilah peningkatan iman saya. Saya juga yakin bahawa orang yang bergelar ulama dalam Jemaah Tabligh adalah sebenarnya bukan ulama tetapi hanya Ahli Kitab. Apabila ulama dalam Jemaah Tabligh menolak cadangan saya untuk melakukan kerja dakwah kepada bukan Islam, saya lebih yakin bahawa kerja Jemaah Tabligh bukan kerja yang dengan izin Allah boleh meningkatkan iman dan saya benar-benar terjaga dari tidur dan mimpi bersama Jemaah Tabligh. Pada masa itu, saya menyedari bahawa ‘elders’ pada masa kini dari Jemaah Tabligh adalah penipu dan saya sepenuhnya berkeyakinan bahawa kerja Jemaah Tabligh adalah bukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Pada 13 Julai 2009, saya membuat keputusan untuk meninggalkan Jemaah Tabligh dan membuat kerja yang mana  saya secara peribadi percaya bahawa kerja Nabi Muhammad s.a.w di kariah saya. Semenjak hari itu, dengan rahmat Allah saya telah boleh untuk meluangkan masa di kariah saya untuk menjalankan kerja dakwah yang sama sepertimana dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan dengan rahmat Allah juga, kini, saya telah boleh berjumpa bukan hanya orang Islam tetapi juga rumah orang bukan Islam di qariah saya.

Semenjak saya membuat kerja yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w, saya dapat merasakan iman saya meningkat dan satu tanda yang menunjukkan iman saya meningkat adalah peningkatan kefahaman dari Quran dan Hadis. Seperti yang di nyatakan dalam Hadis, apabila Allah mengasihi seseorang, Allah akan memberi kefahaman dari Quran dan Hadis. Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan saya dari Jemaah Tabligh yang mana saya percaya, telah menipu saya selama lebih dari 30 tahun. Pada mulanya saya sangat marah tetapi selepas itu saya menyedari bahawa ini bukanlah Jemaah Tabligh yang menipu saya tetapi Iblis yang mana  telah menipu ‘elders’ Jemaah Tabligh dan mereka telah menipu saya dan ramai orang. Pada zaman Maulana Ilyas rah. kerja adalah sama seperti Nabi Muhammad s.a.w tetapi selepas ketiadaan Maulana Ilyas rah., Iblis telah berjaya menipu ‘elders’ Jemaah Tabligh.

Ahli Jemaah Tabligh berfikir bahawa mereka adalah umat Islam yang baik jika di bandingkan dengan semua umat Islam yang lain. Mereka berfikir Allah telah memberi mereka petunjuk dan mereka adalah berada di jalan yang lurus. Mereka berfikir mereka adalah umat Islam yang sangat baik kerana mereka mampu meluangkan masa selama 3hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4bulan sekali seumur hidup dalam membuat kerja tabligh. Dengan segala pengorbanan mereka dan keluarga mereka yang telah dilakukan, mereka percaya mereka telah beriman dan beramal soleh. Begitu juga dengan ahli PAS berfikir bahawa Allah telah memberi petunjuk dan mereka berada di jalan yang lurus. Sepertimana ahli Jemaah Tabligh, ahli PAS juga berfikir bahawa mereka adalah beriman kerana mereka mempunyai lebih amalan berbanding dengan ahli UMNO yang difikirkan sebagai kafir. Nik Abduh adalah anak kepada Dato Nik Aziz dalam ucapannya berkata; Allah menjanjikan kuasa untuk memerintah dunia kepada orang yang beriman (yang mana dia maksudkan adalah ahli PAS) tetapi mereka yang merupakan pengikut-pengikut syaitan(UMNO) telah merampas kuasa daripada mereka (PAS) dan kini Allah telah memerintahkan ahli PAS (beriman) untuk menuju ke Putra Jaya dengan permaidani hijau dalam usaha untuk merampas kembali kuasa dari UMNO, pengikut syaitan. Nik Abduh juga memberitahu pendengar bahawa PAS akan berjuang walaupun sehingga, permaidani hijau bertukar kepada warna darah. Dalam semua perkara, tingkah laku ahli PASadalah sama seperti Jemaah Tabligh. Kedua-dua pergerakan berfikir mereka sudah menjadi beriman dan beramal soleh tetapi hakikatnya mereka belum beriman dan mereka hanya orang baru masuk Islam dan sama sahaja seperti umat Islam lain di dunia ini seperti UMNO.

Dalam ayat 55, Surah An-Nur, Allah menjanjikan mereka yang beriman dan beramal soleh menjadi pemimpin di dunia. Allah adalah benar dengan janji-Nya dan Allah tidak pernah mungkir janji. Walaubagaimanapun, janji Allah akan hanya di tunaikan apabila umat Islam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah. Apabila tiada seorang pun di dalam dunia ini beriman dan beramal soleh, kemudian janji Allah tidak di penuhi seperti Dia bagi kepada Nabi Muhammad s.a.w dan 4 orang khalifah di Madinah. Saya percaya, semenjak zaman sahabat Nabi Muhammad s.a.w sehingga sekarang, janji Allah dalam Surah An-Nur, Ayat 55 adalah belum tertunai oleh Allah kerana tiada walau seorang pun umat Islam yang mencapai tahap benar-benar beriman dan kini Allah menjadikan hanya umat Islam atau orang bukan Islam menjadi pemimpin umat Islam. Selain dari sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w, semua pemimpin umat Islam di dunia pada masa kini adalah bukan dari kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Mengapa pada masa kini pemimpin-pemimpin umat Islam adalah tidak beriman dan beramal soleh atau amalan baik? Kenapa Allah memilih mereka yang bukan beriman untuk menjadi pemimpin umat Islam? Allah memilih mereka yang tidak beriman untuk menjadi ketua umat Islam sebagai hukuman kepada umat Islam. Mengapakah Allah menghukum umat Islam? Allah menghukum umat Islam kerana umat Islam telah mengingkari perintah pertama dari Allah iaitu perintah melakukan kerja mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran. Apabila umat Islam tidak menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran, umat Islam tidak akan menjadi beriman dan umat Islam tidak akan mempunyai amalan soleh atau amalan baik dan Allah menghukum umat Islam dengan memberi umat Islam pemimpin yang zalim. Kini, umat Islam tidak akan mempunyai pemimpin yang beriman dan beramal soleh seperti yang di nyatakan dalam ayat 55, Surah An-Nur. Akhirnya, doa umat Islam tidak akan di terima oleh Allah dan Allah tidak akan membantu umat Islam menentang musuh-musuh mereka. Sesungguhnya, Allah tidak akan tunaikan janji-Nya untuk menjadikan umat Islam pemimpin di dunia selagi mana tiada seorang pun dari kalangan umat Islam yang benar-benar beriman dan beramal soleh di atas dunia ini.

Karya asal dalam Bahasa Inggeris:

Website: http://mthago.wordpress.com

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh:

Fathorraman Abdul Aziz
No.1, Jalan 14,
Taman Batu,
Gombak 68100,
Batu Caves, Selangor

Sumber:http://drnasoha.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s