THOLAMA ASYKU GHOROMI طالما اشكو غرامى

Tholama asyku ghoromi طالما اشكو غرامى, qasidah yang menjadi kegemaran saya buat masa sekarang ini.Pabila mendengar bait-baitnya dan dendangan qasidah ini, hati saya berbunga-bunga dan sangat-sangat bahagia sungguhpun insan agung yang sangat-sangat dirindui ini belum pernah dilihat oleh kedua- dua mata ini lagi. Namun jauh di sudut hati kecil,doa dipohon agar dianugerahkan rezeki oleh Allah swt untuk bertemu dengan semulia-mulia insan agung yang sentiasa dirindui.Sesungguhnya inilah sebesar-besar ni’mat yang dikurniakan oleh Allah swt selepas rezeki islam, iman & sihat.Sekadar mengabdikan bait-bait qasidah…hayatilah….

طالما اشكو غرامى يا نور الوجود

وانادى يا تهامى يا معدن الجود

Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, Wahai Nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !

منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود

وارى باب السلام يا زاكى الجدود

Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!

يا طراز الكون انى عاشق مستهام

مغرم والمدح فنى يا بدر التمام

Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!

اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام

فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود

Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!

يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب

يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب

Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.

وعليك الله صلى ربى ذو الجلال

يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال


Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.

 

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sumber: http://iffah-hidayah-rejab.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s